Jumaat, 12 April 2013

AYAM BAKAR BLACK PAPER



Bahan - Bahan

1/2 ekor ayam
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
*2 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1 sudu besar lada hitam
*1 kiub ayam

Cara - Cara

1. Tumbuk/Kisar bahan bertanda * (bawang putih, halia, lada hitam dan kiub ayam) sehingga lumat.
2. Campurkan bahan tumbuk bersama kicap, sos tiram dan madu.
3. Gaulkan bahan-bahan tersebut pada ayam.
4. Perap lebih kurang 1 jam (lagi lama perap lagi bagus).
5. Kemudian bolehlah dibakar.

Khamis, 11 April 2013

APAM POLKADOT


Bahan-Bahan

3 biji telur gred A -dari peti sejuk
275 gm tepung gandum- ayak
3 sudu teh baking powder - ayak
220 gm gula kastor
150 ml susu cair
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
Filling - blueberry@ coklat @ strawberry - ikut suka 
Pewarna


Cara Penyediaan

- Masukkan telur dan gula kastor kedalam mixer. Pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan bewarna putih. 
- Kemudian masukkan  esen vanilla, susu cair, baking powder dan tepung gandum. Pukul lagi dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan ovalette. 
Bila dah sebati, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
- Kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
- Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag. 
- Sementara itu panaskan periuk untuk mengukus.
- Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (1/2 mangkuk kertas sahaja)
- Letakkan filling secukupnya

-Picit lagi adunan sama sehingga hampir penuh
 









   



Akhir sekali dot-dotkan dengan warna kesukaan.













Apabila air didalam kukusan mendidih, kukus selama 10-15minit @ sehingga masak. 













Tadaa..ini hasilnya.