Rabu, 9 Disember 2015

SALAD GARDEN





BAHAN - BAHAN

Brokoli
Kentang
Lobak
Salad
Tomato
Sosej
Mayonis

CARA MENYEDIAKANNYA

1. Celur Brokoli, rebus kentang dan lobak sehingga lembut.
2. Masak sekejap sosej.
3. Potong Brokoli, kentang, Lobak, Salad, Tomato dan Sosej ikut suka, kemudian gaulkan dengan mayonis tadi.
4. Masuk sedikit garam dan gula.
4. Sedia untuk dimakan.

*nak lagi sedap, simpan dalam peti sejuk sejam sebelum dihidangkan..


KEK LUMUT KUKUS




Bahan - Bahan

Loyang Size 7"x7"
1 Cawan tepung gandum
1 Cawan Horlick
3/4 Cawan gula halus
250 Mentega
4 Biji telur
4 Sudu besar Serikaya
1/4 Cawan susu pekat
1 Sudu kecil esen Vanilla
Pewarna hijau

Cara Membuatnya

1. Didih air dalam pengukus, Gris loyang dengan mentega dan tabur tepung gandum.
2. Pukul Mentega dan gula halus sehingga kembang.
3. Masukkan telur, susu pekat, serikaya, tepung gandum dan horlick. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan esen vanilla dan pewarna hijau. Kacau lagi..
5. Kemudian masukkan ke dalam loyang. Loyang mestilah ditutup dengan aluminium foil.
6. Kukus selama 2 Jam 30 Minit. Siap..