Selasa, 12 Mei 2015

REMIS MASAK LEMAK




Bahan - Bahan

1/2 kilo Remis
4 Biji bawang merah *
2 Biji bawang putih*
1/2 inci Halia *
Kunyit hidup* - kalau xde pakai je kunyit debu
2 batang serai - diketuk
250ml Santan kotak
Sedikit Belacan
Asam Keping

Cara - Cara

1.Kisar bahan bertanda (*), Masukkan dalam periuk bersama santan pekat, tak perlu masuk air kerana air dari remis akan keluar bila dimasak.
2. Masukkan serai, asam keping, belacan.
3. Kacau sehingga mendidh baru masukkan remis.
4. Masukkan garam dan bahan perasa.
5. Bila dah mendidih, tutup api.
6. Bolehla dihidangkan..

LAKSA TERENGGANU




Bahan - Bahan
Sepeket laksa -rendam dahulu, bila dah lembut, rebus hingga lembut

Untuk Kuah:
6 Ekor Ikan Selayang/kembung - direbus dengan sedikit garam
250ml Santan
500ml air
Lada Hitam *
5 Ulas bawang merah *
Asam Keping
- Kisar bahan yang bertanda *

Ulam - Timun, Taugeh, kacang panjang, limau kasturi

Sambal - Ciliboh


Cara Menyediakan Kuah Laksa

1. Asingkan isi ikan dengan tulang yang telah direbus tadi, kemudian kisar kasar.
2. Masukkan bahan kisar, isi ikan, santan, air dan asam keping ke dalam periuk, jika nampak pekat, masukkan lagi air..ikut kepekatan yang kita suka.
3. Masukkan bahan perasa dan sedikit garam.
4. Tunggu sehingga mendidih dan sedia untuk dihidangkan bersama laksa atau laksam.